Blog Butik Tateh Bandar Baru Bangi

Sharing with love for the love one <3

Blog Butik Tateh Bandar Baru Bangi - Sharing with love for the love one <3

Promosi Bulan Penyusuan Butik Tateh

Promosi Bulan Penyusuan sehingga 31 Ogos 2014. Butik Tateh pastinya menyokong  penyusuan susu ibu :)

Untung mummy mummy sekarang. Banyak pilihan breastpump banding dengan dahulu.. ingat 7 tahun lepas,  gaji kecil.. pilihan pump yang ada hanya medela, avent  dan spektra.. mestilah spektra dipilih.. dalam RM500. Cooler bag pula yang paling murah RM70  :( sekarang RM300 pun boleh dapat yang super duper canggih.. siap boleh pakai power bank :)

Baju menyusu pun sama.. tak banyak pilihan.. warna striking, angkat dari bawah, RM89. Design pun tak cantik.. now semua cantik cantik semurah RM49. kadang kadang kesukaran menyusu badan ini yang menaikkan semangat mummy mummy. Dan kesenangan dan kemudahan produk menyusu sekarang sepatutnya dijasikan alasan untuk lebih mudah menyusu sehingga dua tahun dan bukan sebaliknya :)

Jadi, sebagai menyokong penyusuan susu ibu, kita bagi diskaun untuk semua produk penyusuan.. :)

 

10301950_940281865988280_7839141339176157674_n

 

Untuk breastpump pun, hanya setahun sekali.. serius harga sangat berbaloi baloi. Harga breastpupm termurah di pasaran :)

yang ini breastpump terlaris di Butik Tateh. Ramai mummy request pump ni.

 

10577080_935251266491340_6029167327283349243_n

Semasa bulan penyusuan juga la selalunya company company penyusuan akan buat promosi dan pakej special untuk produk mereka :)

contoh Medela dan Eve Love. jadi bagi mereka yang memang dah lama mengintai bolehla tengok tengok pump ni :)


10572076_940281972654936_2147858772301066038_o

 

Promosi daripada Eve Love.. siap bag dengan ice pack :)

 

10560517_940282062654927_3306986039172611328_o

 

Nasal Aspirator For Infants

10518829_939735246042942_6553955697063480380_n

———————————–

Product Review : Nasal Aspirator
———————————–
Sekarang musim anak demam dan selsema.. antara produk yang paling dicari di Tateh ialah nasal aspirator.. sangat membantu mengeluarkan mukus daripada hidung terutama bayi, supaya lebih mudah bernafas dan tidur lena… jom review apa yang ada di Tateh.
1. Little Bean Nasal Asparator RM9.90
Nasal aspirator yang basic. Hanya tekan, tekanan udara akan menyedut mukus keluar.
Kelebihan: mudah dan murah
Kelemahan: perlu dibersihkan setiap kali sedutan kerana mukus akan masuk ke dalam tiub, setiap kali selepas guna, basuh dan baru boleh guna semula
2. Anakku Nasal aspirator and ear syringe set RM10.90
Sama seperti di atas, tetapi mempunyai tambahan satu lagi muncung untuk telinga. Dua warna biru dan pink.
Kelebihan: 2 dalam 1. Boleh untuk buang mukus dari hidung dan wax berlebihan daripada telinga. Mempunyai penutup untuk elakkan habuk
Kelemahan: perlu dibersihkan setiap kali sedutan.
3. Autumnz Nasal Aspirator RM29.90
Mempunyai tiub untuk menyimpan mukus.
Kelebihan: lebih bersih kerana mukus akan terkumpul di dalam bekas. Boleh kawal sedutan.. perlahan atau kuat. Tidak perlu dibasuh setiap sedutan, basuh hanya selepas habis semua proses sedutan
Sekiranya mukus pekat, masukkan sedikit air suling di dalam tips untuk memudahkan proses.
4. Nose Frida Nasal Aspirator Bundle Set RM59.90
Set aspirator dengan 20 unit hygiene filters
Sangat diminati ramai kerana mudah digunakan
Kelebihan: tempat simpan mukus yang panjang dan senang dipegang. Hanya letak di hidung dan sedut. Hygiene filter yang boleh ditukar. Mudah untuk menyedut mukus dan dibersihkan.

Kesemua produk di atas boleh didapat di www.tateh.com.my atau pm kami untuk sebarang pertanyaan 

Ibu dan ayah sekelian pakai yang mana.. boleh komen sikit 

Pengambilan Garam di Kalangan Kanak Kanak

 

 

 

images

  • Aida sedang menyediakan makanan bayi pertama kali untuk anaknya alia, dia menyediakan bubur nasi untuk dikisar. Tiba tiba dia terfikir, adakah perlu meletakkan garam atau gula ke dalam makanan. Adakah bayinya boleh makan makanan yang tawar tanpa gula dan garam. Apa pendapat anda?
  • Encik Naim hampir setiap minggu akan makan di restoran makanan segera kegemaran anak mereka . Anak Encik Naim, berusia 2 tahun dan 5 tahun amat menggemari ubi kentang goreng dan nugget di restoran tersebut selain dapat mengumpul permainan percuma. Adakah perbuatan Encik Naim boleh membahayakan kesihatan anak anaknya pada jangka masa panjang?
  • Amira berusia 15 tahun. Amira diberi belanja wang secukupnya untuk membeli makan tengah hari dan malam memandangkan kedua ibu bapanya sibuk bekerja. Makanan segera dan minuman ringan menjadi pilihan Amira yang ingin cepat dan mengejar masa antara sekolah dan kelas tambahan. Adakah Amira membuat pilihan yang betul?

 

Senario di atas adalah senario yang biasa di hadapi hari ini. Pengambilan gula dan garam berlebihan berlaku tanpa disedari setiap hari. Kajian terkini mendapati rakyat Malaysia mengambil jumlah garam dan gula berlebihan berbanding keperluan harian mereka. Hasil Kajian Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan Kedua (National Health and Morbidity Survey NHSM) pada 1996 mendapati 33% dewasa berusia 30 tahun ke atas mengidap penyakit tekanan darah tinggi di Malaysia. Jumlah ini meningkat kepada 43% pada tahun 2006 seperti direkod di dalam NHMS ketiga Begitu juga dengan penyakit diabetes di mana Malaysia merupakan negara keempat mempunyai paling ramai pesakit diabetes di Asia dan purata rakyat Malaysia mengambil 26 sudu gula sehari berbanding keperluan hanya 10 sudu sehari atau 50gm gula sahaja.

Pencegahan bermula dari rumah dan sejak kecil

Tabiat dan pemilihan makanan terbentuk sejak kecil dan banyak dipengaruhi oleh ibu bapa. Bayi atau kanak kanak yang diberi garam dan gula berlebihan sejak kecil akan mempunyai tahap ambang rasa masin dan manis yang tinggi di mana lidah akan memerlukan jumlah garam dan gula yang lebih untuk merasa masin atau manis. Pengambilan garam dan gula yang berlebihan ketika kanak-kanak merupakan penyumbang peningkatan tekanan darah dan diabetes apabila dewasa kelak. Pada masa yang sama, kandungan garam yang tinggi juga boleh membahayakan buah pinggang. Oleh itu pemakanan kecil amat penting dalam menentukan kesihatan anak sehingga dewasa.

 

Keperluan garam dan gula.

Secara umumnya, garam berfungsi untuk mengawal keseimbangan cecair badan bagi memastikan otot dan saraf dapat berfungsi dengan baik. Selain itu, garam juga membantu mengekalkan tekanan darah pada tahap yang normal.Gula pula berfungsi untuk memberi tenaga segera di dalam darah terutamanya otak. Kanak-kanak perlukan sangat sedikit garam dalam makanan harian manakala gula banyak diperolehi daripada makanan rugi lain seperti nasi dan mee. Gula  daripada air manis dan makanan manis hanyalah berfungis sebagai gula tambahan sahaja.

download

Bayi ke 12 bulan

 Bagi bayi di bawah 1 tahun memerlukan kurang 1g garam sehari kerana buah pinggang bayi tidak dapat bertoleransi dengan jumlah yang melebihi paras ini. Sekiranya bayi menyusu, keperluan garam akan diperolehi daripada susu ibu ataupun susu formula. Satu sudu garam mengandungi 5g garam memberikan 2000mg sodum. Ini bermakna bayi anda hanya memerlukan satu perlima sudu garam sehari. Jumlah ini amatlah sedikit.

Oleh itu, jangan menambah garam ke dalam susu atau makanan bayi seperti bubur. Elakkan menggunakan stok, kiub atau perisa tabahan ke dalam makanan bayi atau kuah. Ini kerana jumlah garam di dalamnya amatlah tinggi. Sekiranya anda merancang memberikan makanan keluarga kepada bayi,rancang kandungan garam dan perisa yang ditambah. Asingkan makanan bayi daripada hidangan keluarga sebelum memasukkan garam atau gula ke dalamnya.  Elakkan memberi bayi anda makanan yang diproses kerana selalunya tinggi dengan garam. Antaranya yang selalu diberikan oleh ibu adalah kentang lecek , bubur segera dan biskut pelbagai perisa. Tukar kepada bubur kosong, biskut tawar manakala kuah kentang lecek dielakkan. Bagi produk bayi yang telah siap di pasaran, biasanya kandungan garam terlah dispesifikasikan agar sesuai dengan bayi. Namun begitu, amalkan membaca label makanan untuk mengelakkan pengambilan yang berlebihan.

 

Manakala gula pula, elakkan kekerapan memberi makanan manis seperti jeli, agar agar dan aiskrim kepada bayi anda. Ada ibu bapa yang suka menyuapkan anak makanan manis ketika anak mula belajar makan lagi. Tukar kepada buah buahan segar yang mempunyai rasa manis semula jadi. Rasa manis berlebihan menyebabkan lidah anak akan menyukai makanan manis berlebihan.

 

Kanak kanak pra sekolah 1 ke 6 tahun

girl_yogurt-162nq6a

Keperluan garam pada umur ini adalah 2gm sehari bagi uur 1 ke 3 tahun dan 3 gm sehari bagi 4 ke 6 tahun. Ini bersamaan dengan separuh sudu teh garam sahaja. Ketika ini kanak kanak telah pandai memilih makanan kegemaran mereka. Mereka hanya akan makanan tertentu yang disukai di mana biasanya akan tinggi gula dan garam seperti nugget, bebola ikan, gula gula, aiskrim dan air berkarbonat manakala menolak makanan sihat seperti buah buahan dan sayur sayuran. Ketegasan dan kebijaksanaan ibu bapa amat penting pada usia ini. Kadangkala usaha yang lebih diperlukan dalam membentuk tabiat pemakanan sihat.

Antara tips berkesan ialah

  • Elakkan membeli makanan proses di rumah dan gantikan dengan makanan segar. Buat sendiri bebola atau nugget ayam menggunakan daging kisar bagi mengawal jumlah gula dan garam. Buat kentang goreng di rumah dan kurangkan makanan segera di luar. Terdapat pelbagai resepi baru yang boleh dicuba.
  • Kenalkan anak dengan gula dan garam sejak kecil. Terangkan konsep makanan tinggi gula dan garam. Ketika usia bawah 7 tahun, minda anak seperti span dan akan menyerap semua informasi. Komunikasi bersama anak amat penting ketika ini.
  • Jangan jadikan makanan sebagai hadiah contohnya sekiranya berkelakuan baik akan dapat makan makanan segera di luar, dihadiahkan aiskrim atau gula gula. Ini menyebabkan anak akan membuat persepsi bahawa makanan tersebut istimewa dan akan sering memintanya lagi. Sebaliknya tawar aktiviti yang sihat sebagai hadiah, contohnya anak menyimpan mainan selepas bermain akan mendapat 5 minit berjalan dengan ayah di luar rumah atau dapat ke taman mainan.
  • Terap konsep makanan sihat dan tidak sihat sejak kecil lagi. Kaitkan makanan tidak sihat dengan sakit dan perkara tidak disukai. Anak saya berusia 4 dan 6 tahun mengaitkan air berkarbonat dengan rasa pedas dan sehingga sekarang tidak menggemarinya. Gula gula dan coklat pula dikaitkan dengan gigi rosak dan kanak kanak demam. Makanan tidak sihat jarang dibeli dan diperkenalkan kepada mereka sebaliknya buah buahan, roti dan makanan sihat menjadi makanan harian mereka.

 

Awal sekolah 7-10 tahun

download (1)

Pada masa ini tabiat pemakanan banyak dipengaruhi oleh kawan kawan. Kesan didikan awal akan dapat dilihat ketika ini. Mereka gemarkan makanan segera seperti kerepek segera, air tin, asam dan makanan diproses seperti burger. Mereka juga mudah dipengaruhi dengan iklan. Umur ini mereka cenderung untuk mengambil garam dan gula melebihi keperluan. Ketika ini keperluan garam hanyalah satu sudu sehari (5gm sehari).

Antara tips berkesan ialah

  • Sediakan bekalan makanan daripada rumah seperti sandwich, air susu dan buah buahan. Masukkan di dalam bekalan makanan harian. Galakkan membawa bekal air kosong ke kelas dan beli bekas makanan  kegemaran mereka bagi menggalakkan mereka makan bekal yang dibawa.
  • Galakkan menyimpan wang saku supaya wang yang diberi tidak dihabiskan untuk makanan ringan di luar. Belikan hadiah kegemaran atau bawa melancong apabila wang tanbungan telah mencukupi. Ajar anak memilih makanan sihat ketika membeli belah lagi.
  • Kurangkan berbelanja di restoran makanan segera di luar atau memesan makanan segera dihantar ke rumah sebaliknya pilih makanan yang sihat walaupun sibuk. Terdapat pelbagai pilihan restoran yang menawarkan makanan sihat seperti sup dan bakar pada masa ini. Sekiranya terdapat restoran pilihan anda, telefon dan buat tempahan awal untuk membungkus makanan agar anda menjimatkan masa menunggu.
  • Libatkan anak dalam proses penyediaan makanan. Ajak mereka masak sekali dan makan bersama mereka.

Remaja 11 tahun ke atas

Ketika ini remaja mengalami pertumbuhan sangat aktif samada fizikal atau hormon. Bagi remaja lelaki,mereka biasanya meninggi dengan cepat dan biasanya makan dengan banyak kerana aktif. Bagi remaja perempuan  mula risau dengan bentuk tubuh dan kadangkala cenderung mengambil makanan yang sedikit bagi menjaga bentuk badan. Keperluan garam ketika ini menyerupai dewasa iaitu (6gm sehari). Pemakanan juga hampir menyerupai pemakanan mereka ketika dewasa.  Pastikan anak remaja terus mengambil makanan kurang garam dan gula. Pilih makanan yang sihat seperti sayuran dan buah buahan. Kurangkan makanan segera dan lebihkan makan di rumah dan makanan sihat. Elakkan minuman berkarbonat dan lebihkan minum susu untuk perbentukan tulang. Yang paling penting ialah mengajar anak membuat pilihan makanan sihat tanpa kawalan ibu bapa supaya mereka dapat meneruskan tabiat ini sehingga dewasa.

 

Antara makanan yang tinggi garam:

  1. Sosej, burger dan makanan diproses
  2. Sos, kicap dan perisa tambahan.
  3. Makanan ringan.
  4. Jeruk.
  5. Makanan awet seperti ikan masin, telur masin dan budu.
  6. Makanan dalam tin.

Kuantiti maksimum pengambilan garam berdasarkan usia:

  • 1-3 tahun (2gm sehari)
  • 4-6 tahun (3gm sehari)
  • 7-10 tahun (5gm sehari)
  • 11 tahun ke atas (6gm sehari)

 

Kandungan gula tersembunyi di dalam makanan

  • Minuman karbonat 7 sudu teh gula
  • Coklat bar medium 5 sudu teh gula
  • Teh tarik 4 sudu teh gula
  • Jus buah buahan diproses 4 sudu teh gula

Artikel ini dimuatkan di dalam majalah ibu dan anak 2013. Ditulis oleh Siti Shafurah Abas

Forgotten Baby Syndrome

Forgotten Baby Syndrome.. lately ni banyak baca artikel regarding Forgotten Baby Syndrome. Ia berlaku di seluruh dunia dan menyebabkan kematian beratus kanak kanak setahun. Tahun ini sahaja 315 kematian di US.
Kajian mendapati ia sering berlaku di kalangan bapa berbanding ibu. Punca utama yang dkenalpasti adalah tekanan hidup dan terlalu banyak perkara diuruskan pada satu masa.
article-2113440-121FEF8B000005DC-224_634x473
Antara tips bagi mengelakkan Forgotten Baby Syndrome:
1. Letak beg, kelengkapan nursery anak anda atau apa apa barang yang berkaitan dengan anak di depan sebelah seat driver. insyaAllah akan perasan sebelum keluar kereta sekiranya masih tidak dihantar ke nurseri.
2. Membuat perjanjian dengan nurseri supaya menelefon ibu bapa sekiranya anak anda tidak hadir ke nurseri pada hari tersebut.
3. Amalkan memeriksa semua kunci pintu kereta sebelum keluar walaupun ketika kelam kabut.
4. Letakkan keychain berbentuk mainan atau apa apa barang berkaitan anak di kunci kereta.
5. Buat nota bertulis di tempat kerja samada telah meninggalkan anak anda di nurseri
6. Mewujudkan komuniti yang prihatin. Intai kereta di sepanjang laluan parking. Manatau ada anak sesiapa tertinggal :)
7. Selalu berdoa agar keluarga diberikan keselamatan terutama anak anak.

Selamat beramal :)

kisah penyusuan

Kisah Penyusuan saya ;)
alhamdullilah, hari ini saya mampu memberi nasihat dan berkongsi ilmu penyusuan kepada orang lain berdasarkan pengalaman saya  berjaya menyusukan 2 orang anak saya penuh setiap seorang selama 2 tahun.
saya seronok membantu ibu ibu yang ingin dan berniat menyusukan anak mereka. malah jika di butik Tateh, saya akan explain betul betul penggunaan setiap breast pump tanpa peduli jika mereka ingin membeli di kedai lain selepas itu. Tapi dulu saya bukan macam ni.. banyak cabaran dan kekecewaan yang saya tempuhi dalam menyusukan anak.saya mencuba pelbagai cara dan ilmu untuk menyusukan anak.. mungkin ilmu saya tak sehebat kaunselor yang lain tapi alhamdullilah pengalaman saya banyak membantu ibu ibu di sekeliling saya. saya ingin berkongsi kisah saya untuk ibu ibu jadikan pengajaran dan sedikit tips bagi membantu anda menyusukan bayi dengan berjaya
background saya seorang dietitian. even dikategorikan sebagai pakar pemakanan, penyusuan secara teori dan practikal amat berbeza. alhamdullilah, saya terpilih mengikuti kursusu selama 3 hari di hospital untuk mempelajari teknik peyusuan dan membantu orang lain menyusu. ketika itu pada tahun 2007 dan saya mengandung anak pertama. saya bersungguh-sungguh belajar.banyak teknik dan ilmu saya pelajari. namun kursus ini untuk saya seorang sahaja. saya amat merasakan sokongan suami amat penting almaklumla first baby dan lack of knowledge (even expert bab pemakanan, masih lagi rasa tak tau..)
kemudian saya mengajak suami untuk pergi ceramah penyusuan yang dianjurkan oleh hospital kepada ibu bapa. ketika itu kursus setengah hari selama 5 jam untuk ibu bapa dan hanya rm50 sahaja. alhamdullilah, suami setuju dan banyak kami belajar..
pada 12 April 2007 saya mendapat cahaya mata pertama..seorang baby boy yang comel dan dilahirkan di hospital pro penyusuan, selepas sahaja dilahirkan baby terus disusukan dalam bilik bedah atau dirapatkan kepada ibu untuk merangsang penyusuan(lanch on).alhamdullilah semua berjalan lancar.
contoh gambar baby dirapatkan kepada ibu ketika di labour room lagi.
namun cabaran bermula apabila sampai di rumah.. ilmu dah cukup namun praktikal tidak sama.. saya mengalami mastitis atau jangkitan duktus payudara sehingga di bawa ke emergency untuk dibedah.apa yang saya dapat simpulkan… saya rasa kesilapan saya masa tu saya ialah saya tidak membeli pum susu awal sebelum bersalin. apabila baby menyusu sedikit dan tertidur, saya tidak mengepam baki susu menyebabkan breast bengkak dan tersumbat duktusnya. then the next feeding saya bagi  yang satu lagi contohnya tadi menyusu di sebelah kanan, kedua saya bagi di sebelah kiri.. sebab sefaham saya kena bagi satu breast pada satu masa.. jadi baby dapat susu awal dan susu akhir..saya juga tidak membeli pam pada awal pantang sebab saya dinasihatkan beli pam lepas baby dah pandai minum direct.. jadi tak dapat nak pam susu yang tak berbaki..

lama kelamaan breast jadi bengkak.. nak perah bila dah bengkak memang sakit.. akhirnya dijangkiti kuman dan mastitis. setelah 3 hari, keadaan semakin kronik, saya demam teruk dan kesakitan sangat, bengkak susu bertukar menjadi nanah. setiap saat berada dalam kesaiktan namun terus beruaha untuk menyusukan baby..  apabila semakin teruk sehingga sepanjang masa makan pain killer.. saya terpaksa di bawa ke emergency untuk buat minor surgery. surgery dilakukan dengan menebuk lubang dan mengeluarkan nanah di dalam breast. apabila pulang ke rumah,  sebelah breast tidak dapat digunakan kerana setiap kali menyusu susu akan keluar ikut luka surgery, hanya belah kanan shaja digunakan.. sebelah lagi perlu ditutup dengan kain kerana setiap kali menyusu sebelah kanan, luka di kiri turut keluar susu. hanya Allah yang tahu keadaan masa tu, anak pulak boy yang amat kuat menyusu.. doktor dan keluarga suruh tambah susu formula tetapi memang niat nak menyusu full. tetap nak menyusu walaupun perlu bertukar kain sepanjang masa akibat basah dengan susu dari bahagian luka.. akhirnya setelah dua minggu, luka di belah kiri tertutupdan tidak lagi mengeluarkan susu. namun hanya sebelah breast sahaja yang dapat menyusukan anak..

saya suka menonton Oprah show. ada satu rancangan yang menunjukkan seorang ibu mampu menyusukan 4 anaknya. badan ibunya kecil sahaja.. klau ibu itu boleh, saya pasti boleh.anak saya cuma seorang..  saya nekad untuk terus menyusukan walaupun sebelah sambil perlahan lahan mula menyusu di sebelah kiri. luka telah sembuh namun susu perlu dirangsang semula.. ketika baby berusia 3 bulan, saya dapat menyusukan sepenuhnya. saya rasa walaupun diberikan ilmu, Allah uji saya dengan cabaran ini supaya saya faham perasaaan ibu lain dan dapat membantu mereka pada masa akan datang.. alhamdullilah, saya happy sekarang saya dapat membantu ramai ibu dengan menawarkan khidmat nasihat dan menjual pam pada harga yang mampu mereka miliki
3 tips mudah saya untuk ibu yang ingin berjaya menyusukan bayi
1. Niat- Pastikan niat dari awal dan niat kerana Allah, bukan ingin menunjuk. niat untuk anak mendapat khasiat terbaik, niat supaya penyusuan ini dijadikan ibadah kepada Allah..
2. Ilmu.. cari ilmu sebanyak mungkin.. belajar, buka website, baca pengalaman yang baik, yang penting pergi kursus bersama suami. ajak suami bersama-sama. ibu dan ibu mertua jika perlu.. merekala support kita. klau untuk stroller habis beribu tapi untuk ilmu kita janganlah berkira,beli pam awal.. sebelum bersalin.. bersedia awal..
beli pam awal2.. susu diperah tu bukan utk bagi bby masa pantang tapi utk stok kerja nanti.. Pam susu yang tak abis selepas setiap penyusuan.. nak tau boleh rasa breast kita ringan skit..
3. usaha dan just buat.. its all about your mind.. insyaAllah pasti berjaya. praktikan semua ilmu dah bertanya jika tidak pasti. jangan malu untuk meminta pertolongan. :) 3) pastikan ada orang yang bantu waktu pantang.. jadi dapat tumpu lebih pada bby dan diri anda..
ketika anak 5 bulan sekali lagi saya diuji.. saya terpaksa berkursus BTN dan pengesahan jawatan selama beberapa minggu di Rompin. bermula masalah stok dan kekurangan susu. ini saya akan kongsi apa yang saya lakukan pada entry akan datang..
Saya doakan semua ibu berjaya menyusukan bayi anda dengan berjaya insyaAllah ;)

kriteria pemilihan pam susu

Customer selalu bertanya berkenaan pam penyusuan di Tateh. Semua pam baik bergantung kepada apakah pam yang anda perlukan.. tak semestinya mahal adalah yang terbaik. saya sertakan sedikit guidelines untuk membantu pemilihan pam anda

1. Keadaan tempat kerja

adakah tempat kerja anda mempunyai tempat untuk mengepam susu, keperluan seperti plag elektrik yang mencukupi??

ini penting bagi menentukan keperluan samada pam elektrik atau manual.

sekiranya anda mempunyai bilik sendiri, plag sendiri atau bilik rehat yang privacy, pam elektrik amat sesuai. tetapi sekiranya tempat kerja tiada sumber elektrik,anda memerlukan pam manual atau menggunakan pam berkuasa bateri. pam manual seperti avent manual,semua  madela unimom dan  yang terbaru rumble tuff. pam yang berkuasa bateri seperti pam Philips avent Single electronic Breast Pump, semua jenis madela dan pam rumble tuff.

Sekiranya anda perlu pam di kube atau tempat kerja terbuka dan mempunyai pekerja lelaki di sekeliling, biasanya pam yang senyap dan mengeluarkan bunyi yang minimum diperlukan

contohnya spektra3, madela freestyle dan pam manual memang mengeluarkan bunyi yang kurang.. pam madela swing, madela mini e bunyi agak kuat sedikit. sediakan nursing cover supaya anda lebih selesa dan letakkan note supaya jangan diganggu. jika pekerja lelaki mempunyai hak 15 minit untuk merokok kenapa anda tidak mempunyai hak untuk pam susu.

2. Budget 

Bagi saya budget memainkan peranan penting dalam penyusuan. tak perlu bermewah sehingga bergolok gadai untuk membeli pam yang mahal hanya kerana semua orang menggunakannya. banyak testimoni pelanggan yang menggunakan pam yang agak murah tapi menghasilkan susu yang banyak. namun terdapat pam yang terlalu murah yang tidak membantu malam menyakitkan proses penyusan anda. sesetengahnya harga lebih mahal berbanding yang lebih baik. pm saya untuk nama pam tersebut.

budget RM100-RM300 ~ unimom RM114 (promosi RM99), avent manual RM289

budget RM300-RM500 ~ Rumble tuff dapat double pump dan manual sekali RM449 (harga terbaru), spektra 3 RM388 (di Tateh RM388 kami bagi extra shield set)

budget RM500- unlimited ~ semua jenis madela dan terbaik pastinya freestyle RM1600-2000). bayangkan klau susu formula bayi newborn rm80 seminggu, sebulan rm320 dan setahun RM3840. apalah sangat dibandingkan dengan harga pam freestyle yang baru bernilai RM1600++ dan khasiat yang bayi anda perolehi, penjimatan daripada kos klinik kerana susu ibu mengurangkan risiko bayi demam dan infeksi. namun sekiranya anda rasa terlalu mahal dan lebih baik menyimpan untuk masa depan anak dan banyak lagi pilihan pam lain yang tetap memberi hasil yang sama.. kenapa perlu membazir. Saya merasakan pam freestyle sesuai untuk ibu yang sangat sibuk, sedang sambung belajar, sentiasa terkejar-kejar dengan masa kerana freestlye adalah pam yang handsfree, senyap dan boleh digunakan di mana-mana. sehinggakan salah satu kisah saya dengar, ada sahabat yang pam sambil dengar kuliah, makan, memandu dan sebagainya. tapi sekiranya anda kerja di rumah, atau guru yang kerja separuh hari, pam lain juga sesuai.

terdapat banyak lagi pam lain di pasaran sepertu autumnz dan lain-lain yang saya tidak ulas. saya ulas berdasarkan pengalaman sendiri selama 4 tahun menyusu dan sahabat-sahabat yang ramai menyusu secara eksklusif  serta pelanggan yang datang ke kedai menceritakan pengalaman mereka. diharap entri ini membantu anda.

apa yang penting kemahuan dan kerajinan anda mengepam dan bukan harga atau kecanggihan pam anda.. secanggih mana pun kalau tak digunakan masih tidak membawa faedah ;) selamat beramal

 

Perbezaan Medela Freestyle

Perbezaan Medela Freestyle Breast Pump UK, US, Switzerland & Malaysia

Assalam,ramai customer datang ke kedai dan bertanya tentang Madela Freestyle dan membandingkan harga di store dan di online.. banyak bezanya terutama dari segi waranty..

Apa beza Medela Malaysia dengan Medela US dan UK?

Pengenalan tentang Medela
Masih ramai yang tidak tahu bahawa terdapat pelbagai jenis Medela breast pump origin, antaranya Medela US, Medela UK dan Medela Switzerland. Ya, memang Medela Inc hanya satu, iaitu terletak di Baar, Switzerland, di setiap negara Medela Inc telah melantik Authorized Distributor untuk memasarkan produknya di negara-negara tersebut. Di Malaysia, Lactaequip dilantik sebagai Medela Malaysia Authorized Distributor cum Service Centre. Lactaequip pula mengimport Medela dari Switzerland untuk dipasarkan di Malaysia. Untuk Medela US origin, pasarannya hanya tertakhluk untuk negara US sahaja, begitu juga dengan Medela UK. Kenapa Malaysia mengimport dari Switzerland? Kerana spesifikasi breast pump dari Switzerland memenuhi piawaian penggunaan di Malaysia.

Perbezaan Medela Switzerland, US dan UK?
Label
Di bawah setiap kotak Medela breast pump (manual, single electric atau double electric) akan tertera origin setiap breast pump tersebut. Jika breast pump itu anda beli dari Authorized Dealer Malaysia, anda seharusnya mendapat breast pump Medela Switzerland origin dan di kotak tersebut mempunyai Lactaequip warranty card. Jika breast pump tersebut dari US, maka ia akan tertera alamat Medela US, begitu juga jika ianya Medela UK. Medela US dan UK tidak mempunyai sebarang warranty card kerana pengguna breast pump ini perlu claim warranty direct kepada Authorized Distributor di US atau UK, bukan kepada Authorized Dealer mereka.

Harga
Biasanya harga Medela US atau UK lebih rendah berbanding harga Medela Switzerland. Jika anda lihat harga Medela Harmony RM160-RM199, Medela Swing RM500-RM600 dan Medela Freestyle RM1200-RM1700, maka anda sedang melihat Medela US atau UK origin. Harga-harga ini merupakan range harga yang biasa diletakkan oleh setiap independent seller. Jika anda melihat harga lebih dari harga seperti di atas, maka anda berkemungkinan melihat Medela Switzerland with Lactaequip Warranty Card. Walau apapun, bertanya dulu dengan seller sebelum membeli untuk kepastian.

Authorized Dealer
Lactaequip (Medela Malaysia Authorized Distributor) hanya melantik Medela Authorized Dealer dari kalangan peniaga yang memiliki retail outlet atau kedai fizikal sahaja. Mereka tidak melantik mana-mana peniaga yang hanya menguruskan perniagaan secara online. Maka, jika anda ingin membeli secara online, pastikan anda bertanya dahulu dengan seller sama ada breast pump tersebut warranted by Lactaequip atau tidak. Kebanyakan butik penyusuan seperti kami beroperasi secara retail outlet dan online. Maka, walaupun anda membeli secara online dari kami, anda akan tetap mendapat Medela warranted by Lactaequip kerana kami juga merupakan Medela Authorized Dealer.

Isi kandungan setiap breast pump
Terdapat beberapa perbezaan ketara isi kandungan di dalam kotak breast pump Medela US dan Medela Switzerland (Dijual oleh Lactaequip). Di dalam setiap Medela US (sama ada Medela Harmony, Swing atau Mini Electric) terdapat lebih 2 biji botol yang mana salah satunya adalah feeding bottle (sekali dengan teat dan travel cap). Di dalam Medela Switzerland pula, ia lebih bermanfaat yang mana mereka memberi lebih spare part iaitu sebiji Medela PersonalFit breastshield (24mm-M size) sebagai alat ganti seandainya Medela SoftFit anda rosak setelah memakainya untuk beberapa lama. PersonalFit ini bernilai RM69.

Jika anda membeli Medela Freestyle switzerland pula, anda akan menerima beberapa item tambahan berbanding yang terdapat di dalam Medela Freestyle US iaitu 2pcs bottle stand untuk keseimbangan botol jika berisi susu (tiada di dalam Medela Freestyle US), Universal adapter (all-in-one, anda boleh guna salah satu dari adapter ini semasa berada di luar negara mengikut kesesuaian plug pin), 2pcs feeding bottle travel cap (Medela Freestyle US hanya memberi 1 unit sahaja), 2pcs PersonalFit Breastshield (24mm-M size) sebagai spare part yang bernilai RM138 (spare part ini tiada di dalam Medela Freestyle US).

Warranty
Lactaequip hanya memberi dan menerima warranty kepada pengguna yang mempunyai Lactaequip Warranty Card (LWC) sahaja. Jika anda mempunyai LWC, maka anda patut sedar bahawa anda mempunyai lesen besar untuk mendapatkan servis dari Lactaequip. Lesen besar, bermaksud lebih dari warranty. Ya, dengan memiliki LWC, anda bukan sahaja mendapat warranty dari Lactaequip tetapi juga ‘breast pump insurance’ under Lactaequip. ‘Breast pump insurance’ akan saya jelaskan kemudian.

Jika anda pengguna Medela US atau UK, warranty breast pump anda tidak diiktiraf oleh Lactaequip. Maka, anda hanya dapat warranty dari independent seller tersebut sahaja (jika mereka provide warranty sendiri). Saya juga ingin ingatkan anda, Medela US dan UK tidak iktiraf warranty pada international customer yang membeli breast pump mereka. Tindakan mereka adalah sama seperti Lactaequip, ini kerana kesemua Medela Authorized Distributor mematuhi polisi ketat dari Medela Inc. Malahan, adalah dilarang untuk mana-mana Authorized Distributor dan Dealer dari kedua-dua negara ini untuk menjual Medela breast pump (terutama sekali Medela Freestyle) ke negara lain selain di dalam US dan UK sahaja. Oleh itu, anda perlu bertanya dengan seller tentang warranty claim, iaitu di mana mereka perlu berurusan jika breast pump rosak atau perlu di servis semasa warranty masih berlangsung.

After Sale Service
Lactaequip provide Lifetime After Sale Service kepada pengguna yang mempunyai Lactaequip Warranty Card (LWC), semasa warranty berlangsung atau selepas warranty tamat selagi anda masih menggunakan breast pump tersebut. Breast pump anda akan di servis oleh Lactaequip Specialist Technician. Jika breast pump masih menghadapi masalah yang sama selepas di servis, anda boleh menghantar semula kepada Lactaequip tanpa cas tambahan. Paling penting, kesemua cas yang dikenakan adalah berdasarkan harga ahli.

Jika anda membeli Medela US atau UK, besar kemungkinan anda tidak akan mendapat After Sale Service. Jika seller tersebut memberi After Sale Service, ianya hanya selama tempoh warranty berlangsung sahaja. Selepas warranty tamat, dan jika breast pump anda rosak, anda sendiri yang perlu menghantar breast pump anda ke Lactaequip untuk repair atau servis. Perlu diingat, Lactaequip tidak memberi servis kepada pengguna Medela US dan UK. Jika sekalipun mereka memberi servis, jumlah yang perlu anda bayar adalah dua kali ganda daripada jumlah harga yang perlu dibayar oleh Lactaequip Member. Sekali anda hantar breast pump ke Lactaequip, cas permulaan anda adalah RM120, itu adalah cas untuk ‘tengok’ sahaja mana-mana yang rosak, belum lagi campur repair charge yang perlu dibuat dan replacement parts charge (jika spare part perlu diganti). Pendek kata, sentiasa bersedia dengan minimum RM200 di dalam poket setiap kali anda ke Lactaequip untuk service breast pump, malahan mungkin nilainya lebih lagi. Anda boleh menghubungi sendiri Lactaequip untuk mengetahui charge yang sebenar!

Breast pump Insurance
Insurance ini bermaksud dari segi breast pump replacement originality, quality dan warranty. Perlu anda tahu, Medela Inc tidak pernah menjual Medela Freestyle rechargeable battery, Medela Freestyle motor pump dan spare part di dalam motor pump kepada mana-mana Authorized Dealer nya. Jangan keliru, saya maksudkan tentang motor pump dan isi kandungannya dan juga Medela Freestyle rechargeable battery, bukannya SoftFit breast shield, valve atau membrane yang memang anda boleh beli di mana-mana Authorized Dealer. Item-item ini adalah unlisted replacement part, maka ia hanya terdapat di setiap Authorized Distributor sahaja, dan dijual dalam keadaan new, unused dan original. Maka, jika anda mendapat servis dari Lactaequip, kesemua replacement parts yang anda perolehi dijamin 100% baru dan original. Malahan, anda membelinya pada harga ahli. Maka, jangka hayat breast pump anda terjamin kerana anda telah mendapat alat ganti yang ada warranty dan baru serta original.

Jika anda pengguna Medela US atau UK, anda hanya dapat membeli kesemua item tersebut pada harga yang tinggi di Lactaequip. Jika rechargeable battery dijual pada harga RM300 untuk ahli, anda pula perlu membeli dengan harga RM600. Jika motor pump anda rosak, harga di Lactaequip adalah RM1000 untuk ahli, tetapi untuk anda pengguna Medela US atau UK, sanggupkah anda membeli pada harga RM2000? (anda boleh semak sendiri harga terkini di Lactaequip).

Jangan pula tertipu dengan replacement-replacement tersebut yang dijual di pasaran. Jika kami sendiri sebagai Medela Authorized Dealer tidak diberi kebenaran untuk menjual mana-mana unlisted spare part untuk dijual kepada umum, inikan pula independent seller yang tiada kaitan dengan Lactaequip boleh menjualnya. Jika anda terlihat mana-mana unlisted spare part ini yang di jual di pasaran, ia mungkin adalah ‘used’ atau fake unit sahaja. Unlisted spare part ini juga hanya dijual oleh Authorized Distributor seperti US, UK dan Malaysia (LactaEquip) sahaja, bukan dijual oleh Dealernya. Maka, ianya bukan sesuatu yang mudah diperolehi di mana-mana pasaran Malaysia, US atau UK sendiri.

Mungkin anda takut untuk mendapat breast pump servis di Lactaequip kerana tidak mahu membayar cas ang mahal, maka anda menghantar breast pump tersebut ke mana-mana kedai electronic. Ya, besar kemungkinan breast pump anda boleh di repair. Tetapi, seperti yang saya ceritakan di atas, alat ganti Medela tidak dijual secara ‘open’ kepada umum. Maka, alat ganti yang diberi oleh kedai electronic tersebut adalah alat-alat ganti dari barangan yang mudah diperolehi seperti radio, laptop, komputer dan sebagainya. Mungkin alat ganti itu boleh dipakai untuk breast pump anda, tetapi performance dan lifespan breast pump anda tidak lagi sama berbanding anda menggunakan spare part yang direka khas oleh Medela sendiri. Mungkin selepas 3 bulan repair, ia akan rosak lagi, anda hantar servis lagi, maknanya kos lagi, tetapi sampai bila? Mungkin pada masa itu jika anda kira kos pelaburan sebenar untuk breast pump anda telah melebihi harga seunit Medela breast pump with Lactaequip warranty!

Carilah di mana-mana, anda tidak akan jumpa mana-mana replacement motor part atau rechargeable battery seperti yang dicipta oleh Medela, meskipun anda mencari di pasaran China! Jika tidak, sudah tentu anda mudah melihat klon Medela (bukan origin ya!), seperti Nokia dan Cokia (hope you get what I mean)..

As a summary
Sepanjang 2 tahun saya dalam bisnes, saya selalu terima call dari customer bertanya tentang Medela breast pump. Percaya atau tidak, 9/10 customer hanya ambil berat tentang warranty 1 thn yang diberikan, tetapi tidak kisah langsung dengan After Sale Service. Customer yang ingin membeli Medela breast pump dengan segera pula tanpa ambil kisah tentang risiko yang dihadapi akan call untuk servay harga sahaja. Jika saya jual RM1800, independent seller jual RM1500, mereka tidak langsung bertanya kenapa harga yang saya jual lebih tinggi, atau apa bezanya tentang warranty, after sale servis dan sebagainya. Ada antara mereka yang tidak aware wujudnya beberapa jenis Medela origin ini. Malahan mereka sendiri tidak tahu bahawa Lactaequip tidak iktiraf international warranty dan mengenakan double charge untuk pengguna Medela international ini.

Ada customer pula suka membuat andaian bahawa breast pump mereka tidak akan rosak, sebab kebarangkalian untuk rosak adalah 1 dalam 100. Tetapi mereka tidak pernah fikir jika merekalah yang berada dalam angka 1 tersebut. Selagi wujudnya ‘Warranty for any Factory Defected’, maka anda perlu sentiasa fikir ‘It could be mine’!

Anda mungkin perlu membayar lebih harga jika membeli mana-mana Medela Breast pump with Lactaequip warranty berbanding rakan anda yang membeli US atau UK Medela breast pump. Tetapi, jika anda memikirkan tentang instant dan future benefit di samping ‘Breast pump insurance’ yang akan anda perolehi dari Lactaequip, anda tidak akan menyesal membelinya. Tetapi, jika anda hanya mahu selamatkan RM200-300 wang anda pada hari ini tetapi tidak kisah untuk membayar RM300-600 di kemudian hari, maka apa yang boleh saya katakan, pilihan di tangan anda. Anda yang berhak menentukannya!

petikan daripada

cinnamonkulitkayumanis.blogspot.com
Fb Natural Parenting Store
Blog Lilkaistore
tq atas perkongsian anda :)

Selamat Datang

Selamat datang ke Tateh..

Kami pakar dalam produk bayi dan memenuhi keperluan ibu bapa terutama bagi mereka yang pertama kali akan menimang cahaya mata :) Kami akan berkongsi tips kesihatan, pemakanan dan penjagaan bayi anda.. semoga ilmu ini membawa manafaat kepada anda dan anda dapat berkongsi dengan mereka yang anda sayangi :)

Plugin Engineered By Vel Tech College