Sebab-sebab Para Ibu Memilih Untuk Bersalin Czer
October 12, 2023Alami Kebahagiaan Bersalin Normal
October 16, 2023Pembedahan czer adalahn bantuan pembedahan yang dibuat melalui dinding perut dan rahim ibu. Pembedahan Czer merupakan prosedur pembedahan yang dirancang untuk melahirkan anak dan anda boleh tahu bilakah masa bayi akan dilahirkan ke dunia. Anda juga boleh merancang dengan sewajarnya dan mempersiapkan diri secara mental untuk kelahiran itu. Sekaligus membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan.
Antara masalah yang selalu menyebabkan seseorang terpaksa dibedah czer adalah
- telah melepasi tarikh jangkaan bersalin ( overdue )
- ibu mengalami diabetes
- darah tinggi atau penyakit lain
Antara sebab menjalankan pembedahan czer ini
- mengurangkan risiko bayi lemas
- bayi terbelit dengan tali pusat
- bayi songsang atau kepala bayi tidak pada kedudukannya
Tempoh masa purata adalah 45-60 minit dan bayi akan dikeluarkan dalam tempoh 5-15 minit pertama.
SEMASA PEMBEDAHAN CZER
Potongan akan dibuat pada bahagian abdomen secara melintang di atas bahagian ari-ari. Kemudian, barulah dipotong pada bahagian rahim. Air ketuban akan disedut dan kepala bayi akan dikeluarkan terlebih dahulu supaya bahagian mulut dan hidungnya dapat dibersihkan untuk bayi bernafas dengan cepat. Kemudian, plasenta akan dikeluarkan sebelum potongan tadi dijahit semula.
SELEPAS PEMBEDAHAN CZER
Antara kesan daripada pembedahan adalah ibu mungkin akan berasa mual atau menggigil. Ianya terjadi daripada pengambilan ubat bius, kesan penurunan adrenalin dan kesan rahim mengecut. Walaubagaimanapun, kesan ini akan hilang dengan cepat dan akan membuatkan rasa mengantuk. Selepas kesan bius hilang, luka pembedahan akan menyebabkan anda berasa sakit dan tidak selesa terutamanya ketika berpantang.
PENJAGAAN DAN TEMPOH BERPANTANG SELEPAS PEMBEDAHAN CZER
Wanita yang melahirkan bayi melalui pembedahan czer terpaksa tinggal di hospital lebih lama berbanding bersalin normal antara tempoh 3-5 hari. Tempoh berpantang juga adalah lebih lama sedikit berbanding mereka yang normal. Pemakanan juga perlu dijaga sebaiknya supaya tiada kesan sampingan jangka masa panjang. Ada yang mengatakan rasa sakit itu masih lagi terasa selepas 6 bulan hingga 1-2 tahun. Namun, ada juga yang tidak mempunyai masalah untuk bersalin hingga 3 kali melalui pembedahan czer.
Kelebihan bersalin pembedahan czer
- Mengurangkan tekanan dan kebimbangan anda tentang proses kelahiran yang mungkin menyakitkan.
- Risiko masalah seksual selepas melahirkan lebih rendah.
- Bayi juga mempunyai peluang kecil daripada mengalami sebarang trauma kelahiran kerana tiada penggunaan forsep atau vaccum digunakan.
Kelemahan bersalin czer
- Dalam kebanyakan kes bersalin czer akan dirancang terlebih dahulu namun itu bukan bermakna bayi anda sudah cukup bersedia untuk dilahirkan dan mungkin belum capai tempoh matang.
- Pengiraan due date yang tidak tepat juga boleh berlaku.
- Semasa kelahiran pembedahan, anda akan kehilangan banyak darah.
- Penggunaan suntikan anestesia/ epidural menyebabkan pelbagai komplikasi yang mungkin boleh berlaku.
- Mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan dan pembekuan darah.
- Mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi untuk ibu dan dua kali ganda risiko kematian bagi bayi.
- Kebarangkalian mengalami komplikasi seperti masalah fungsi usus dan anda perlu tinggal lebih lama di hospital sekurang-kurangnya tiga ke empat hari bergantung pada tahap kesihatan anda pada ketika itu.
Namun begitu, anda harus berbincang dengan pasangan untuk memutuskan pilihan bersalin yang mana paling sesuai mengikut tahap kesihatan anda , selain meminta pandangan sewajarnya dari doktor. Apapun, pastikan keputusan anda itu tepat demi perkembangan bayi yang sihat. Semoga proses bersalin anda berjalan lancar hendaknya. InsyaAllah.