3 Jenis Lampin Bayi & Fungsinya
March 14, 2023Bersalin Melalui Pembedahan Czer
October 12, 2023Apakah itu pembedahan Czer?
Pembedahan Czer ini adalah satu pembedahan di mana doktor pakar akan membuat potongan pada perut dan rahim anda untuk mengeluarkan bayi anda. Baru-baru ini, melahirkan bayi secara pembedahan Czer telah menjadi satu trend dalam kalangan ibu mengandung. Terdapat beberapa sebab para ibu lebih memilih pembedahan Czer ini untuk melahirkan anak mereka.
Antara sebab ibu memilih untuk bersalin czer
Faktor usia para ibu mengandung
Ramai wanita yang lebih menumpukan kepada kerja dan lebih peka kepada merancang keluarga. Kebanyakkan mereka mengambil keputusan untuk berkahwin lewat. Semakin meningkat usia wanita, semakin besar kebarangkalian mereka akan mendapat penyakit. Antaranya adalah tulang fleksibiliti tulang pelvik, tulang pelvik ini berperanan penting dalam melahirkan anak. Oleh sebab itu, tulang pelvik ibu mengandung tidak kuat, mereka akan mengambil masa yang lama untuk bersalin dan proses ini akan meyukarkan ibu dan bayi mereka.
Ibu hamil yang berusia lanjut mungkin menghadapi risiko kesihatan yang lebih tinggi, seperti tekanan darah tinggi, diabetes, atau komplikasi kehamilan lainnya. Kondisi kesihatan ini boleh meningkatkan risiko komplikasi semasa proses kelahiran normal. Selain itu, ibu hamil yang lebih tua juga mungkin mengalami penurunan keanjalan otot panggul, yang boleh membuat proses kelahiran normal lebih sukar dan menyakitkan.
Selain daripada itu, ibu hamil yang lebih tua mungkin memilih bersalin czer kerana kesedaran terhadap risiko komplikasi semasa kelahiran normal. Mereka mungkin memilih bersalin czer sebagai kaedah yang lebih selamat dan terkawal untuk melahirkan anak mereka, dengan mengurangkan risiko komplikasi yang boleh timbul semasa proses kelahiran normal. Keputusan ini juga mungkin dipengaruhi oleh nasihat doktor dan pakar obstetrik yang mengambil kira faktor kesihatan dan keselamatan ibu dan bayi. Oleh itu, faktor usia ibu hamil menjadi salah satu pertimbangan utama dalam pemilihan prosedur bersalin czer bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan ibu dan bayi yang akan dilahirkan.
Berat badan ibu mengandung
Antara salah satu faktor berat badan ibu zaman kini kian meningkat adalah kerana usia dan pengambilan makanan mereka akan menganggu diet makan yang tidak sihat. Oleh kerana berat badan yang meningkat, ini akan menimbulkan komplikasi dan melambatkan proses bersalin. Ibu hamil yang mengalami kegemukan atau obesiti mungkin menghadapi cabaran semasa kelahiran normal, seperti kesukaran dalam membuka panggul atau kegagalan pengecutan rahim yang efektif. Kelebihan berat badan juga boleh meningkatkan risiko komplikasi semasa proses kelahiran normal, seperti pendarahan berlebihan atau kecederaan pada ibu atau bayi.
Oleh itu, ibu hamil yang menghadapi masalah berat badan mungkin memilih czer kerana ia memberi kestabilan dan kawalan yang lebih besar semasa proses bersalin. Prosedur czer membolehkan pakar perubatan menguruskan keadaan dengan lebih terkawal dan mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan kegemukan. Selain itu, nasihat doktor dan pakar obstetrik sering kali mengambil kira berat badan ibu sebagai faktor penting dalam menentukan kaedah bersalin yang terbaik untuk keselamatan ibu dan bayi. Dalam situasi ini, czer sering kali dipilih sebagai alternatif yang lebih selamat bagi memastikan proses bersalin berjalan dengan lancar tanpa mengancam kesihatan ibu dan bayi yang akan dilahirkan.
Ramai ibu hamil yang berusia mengidap penyakit Diabetes
Oleh kerana kadar peningkatan usia dan perubahan gaya hidup yang meningkat, ramai ibu mengandung yang mengidap penyakit diabetes ini. Tambahan lagi, ramai ibu mengandung yang tidak sedar bahawa mereka adalah pesakit Diabetes sehinggalah mereka melalui ujian darah. Kebanyakan ibu yang mengidap Diabetes ketika mengandung ini tidak mempunyai masalah sepanjang proses kehamilan tetapi terdapat segelintir kes Diabetes ini membawa masalah yang serius lebih-lebih lagi jika Diabetes tidak dikesan dan dirawat lebih awal.
Saiz bayi yang lebih besar berbanding bayi sebelumnya
Oleh kerana saiz bayi yang besar, para ibu tidak berani untuk melahirkan bayi secara normal. Ini kerana, ianya akan mempengaruhi proses bersalin dan para ibu tidak mahu mengambil risiko dan membahayakan keadaan bayi dan menyukarkan bayi untuk bernafas. Sebab itu, penjagaan makanan dan diet yang sihat amat penting bagi ibu yang sedang hamil bagi memudahkan proses bersalin dan menjamin kesihatan diri dan juga bayi.
Berdasarkan perkara diatas, para ibu perlulah menjaga pemakanan harian dan sentiasa awasi pengambilan makanan bagi mengelakkan daripada menghidap menyakit diabetes dan risiko penyakit yang akan membahayakan nyawa ibu dan bayi. Untuk mengetahui masalah yang selalu menyebabkan seseorang terpaksa dibedah klik di sini.