Baby Car Seat : Perkara yang Anda Perlu Tahu
January 15, 2023Tips membeli baby car seat untuk anak ni memang ramai yang tanya. Sebab tak semua kereta sesuai untuk gunakan sesetengah car seat untuk budak. Ini belum lagi cerita tentang usia anak kita lagi.
Ada 5 perkara yang anda perlu tau sebelum anda membeli car seat untuk anak anda.
5 Tips Membeli Baby Car Seat Kanak-Kanak
Universal Baby Car Seat
Bermaksud sesuai dipasang dengan kebanyakkan jenis kenderaan. Manakala semi universal sesuai untuk jenama kereta tertentu. Biasanya pilih yang universal.
Had berat
Biasanya tulis berat yang sesuai untuk bayi atau kanak kanak. Jadi sebelum beli kena tahu berapa berat anak kita.
Ada berat 0-13kg
Ada berat 9-36kg
Tapi sekarang ada yang letak ikut tinggi anak. Kerana sekiranya kepala anak melebihi tinggi CRS adalah bahaya. Jadi kena tahu berat dan tinggi anak.
No sijil
Ni kira macam surat beranak. Setiap jenis carseat ada number serial di. Contoh modal A serial tertentu, model B serial lain pula.
Jadi kalau jalan jalan ke jualan terlampau murah, tengok number semua surat beranak sama tu hati hati ye. Mungkin pendatang haram dan tak selamat. Bukan apa kita tak tahu samada plastik dan bahan digunakan tahan hentakan ketika kemalangan atau tidak.
Nombor mengikut piawai negara mana luluskan
Ada piawai US, ada piawai Europe.
Contoh label tu ECE R44, jadi E1…. tu semua merujuk negara bawah UNECE[1]
Manakala kalau dari US tiada E di hadapan.
Contoh label standard piawaian Eropah, ECE R44/04
Terakhir sekali CRS keluar ikut piawai keselamatan mana
Macam akta kiranya. Sekarang akta ECE R44/04. Dan dalam proses untuk migrate ke akta ECE R129.
Jadi ada dua number ECE kita boleh tengok nanti ye.
Jadi jika anda ingin membeli online atau di mana mana kedai pastikan jelas dengan label dan cari samada CRS tersebut ada label atau tidak.
Kalau yang tak cukup data seperti ini boleh minta kepada penjual. Jangan segan segan.
Tanya sekali tarikh pembuatan kerana di semua CRS ada tarikh manufacture. Minta penjual belek bawah belakang CRS.
Biasanya tarikh tamat CRS ada yang 8 tahun ada yang pendek dari itu. Dia macam baldi kat toilet kita. Dah pakai 10 tahun baldi toilet tu jadi mudah pecah bila kena hentak. CRS pun macam tu la. Jadi semak bila tarikh pembuatan ye.
Semoga memberi manfaat.
Keselamatan anak anak tanggungjawab ibu bapa.
1 Comment
Ada soalan? Tanya kami di ruangan komen di bawah ni ya 🙂